KUALA LUMPUR:Perkhidmatan rel kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi mulai 6 pagi hingga 11 malam bermula esok berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 18 Feb ini.
Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, kekerapan di luar waktu puncak perkhidmatan rel Rapid KL juga akan diubah kepada setiap 15 minit manakala kekerapan pada waktu puncak kekal seperti biasa.
"Perubahan ini meliputi jajaran tren bagi LRT (Transit Aliran Ringan) Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, MRT (Transit Aliran Massa) Laluan Kajang dan Laluan Monorel KL.
"Semua pengguna perkhidmatan rel Rapid KL dinasihatkan agar merancang perjalanan mereka," menurut kenyataan itu.
Prasarana turut menggalakkan para pengguna supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan khususnya memakai pelitup muka sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.
"Langkah-langkah ini adalah penting bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di samping memudahkan Kementerian Kesihatan membuat pengesanan semula sekiranya terdapat kes positif COVID-19," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Perkhidmatan rel kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi mulai 6 pagi hingga 11 malam bermula esok. - Gambar fail/BERNAMA
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Kelewatan komuter disebabkan kerja-kerja naik taraf
Isu gangguan atau kelewatan waktu perjalanan perkhidmatan komuter kendalian KTMB adalah disebabkan pelaksanaan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur KDVT Fasa Satu dan Dua.
Operasi tren Rapid KL hingga 11 malam mulai esok - Prasarana
Perkhidmatan rel kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi mulai 6 pagi hingga 11 malam bermula esok berikutan lanjutan tempoh PKP hingga 18 Feb ini.