awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator kilang maut, motosikal bertembung lori

Aida Aziz
Aida Aziz
10/08/2022
13:36 MYT
Operator kilang maut, motosikal bertembung lori
Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto ihsan pembaca
TANJUNG MALIM: Seorang operator kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai bertembung dengan sebuah lori di Jalan Jelawai, Proton City di sini tengah hari tadi.
Mangsa Muhammad Aiman Akmal Sharom, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala pemandu lori berusia 48 tahun yang memandu lori jenis Nissan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada jam 1.17 tengah hari.
"Siasatan awal dijalankan di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu lori itu memandu dari kilang Proton ke vendor.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba mangsa telah keluar simpang lalu telah terlanggar oleh lori tersebut.
"Akibat kemalangan ini, mangsa telah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata akibat kemalangan itu, lori tersebut mengalami kerosakan di bahagian bucu kanan depan manakala motosikal pula rosak di pelbagai bahagian.
Mohd Hasni menambah, punca kemalangan adalah disebabkan mangsa keluar simpang lalu terlanggar lori tersebut.
Katanya lagi, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan bedah siasat akan dijalankan selepas ujian COVID-19 selesai.
"Lokasi kejadian dilawati dan kenderaan ditahan untuk pemeriksaan Puspakom," katanya lagi.
Beliau berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut diteruskan.
Topic Berkaitan
#operator kilang
#motosikal
#Jalan Jelawai
#Proton City
#kemalangan
#Lori
#Muhammad Aiman Akmal Sharom
#Polis Daerah Muallim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan