awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator syarikat digesa pantau pemandu lori patuhi peraturan jalan raya

Bernama
Bernama
03/11/2024
09:48 MYT
Operator syarikat digesa pantau pemandu lori patuhi peraturan jalan raya
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sebelum ini mengarahkan tindakan pemberhentian kerja mengeluarkan tanah kepada pihak terlibat kerana tidak mematuhi beberapa syarat. - Gambar fail
SEREMBAN: Semua operator syarikat di Negeri Sembilan termasuk yang mengendalikan kerja-kerja mengeluarkan tanah dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan memantau pemandu lori mereka supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J Arul Kumar berkata langkah itu penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
"Saya telah meminta Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan dan Ketua Polis Daerah Nilai untuk mengambil tindakan tegas dan berterusan terhadap mana-mana lori atau kenderaan berat yang melanggar peraturan jalan raya.
"Kita mahu jalan yang digunakan oleh orang ramai selamat dan bukan tempat meragut nyawa. Operator mengeluarkan tanah juga perlu bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh pemandu dan syarikat lori," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nilai itu berkata Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sebelum ini mengarahkan tindakan pemberhentian kerja mengeluarkan tanah kepada pihak terlibat kerana tidak mematuhi beberapa syarat.
"Jika berlaku pelanggaran peraturan oleh pemandu lori saya sendiri akan meminta MBS untuk sekali lagi mengeluarkan arahan pemberhentian kerja serta-merta dan saya tidak berkompromi dalam isu ini," katanya sambil menambah bahawa beliau telah beberapa kali menggesa operator syarikat mengambil tindakan terhadap lori yang melanggar lampu isyarat dan syarikat terbabit telah menamatkan perkhidmatan beberapa pekerjanya.
Pada masa sama, Arul menyambut baik cadangan Kementerian Pengangkutan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun ini bagi membolehkan mereka mendakwa dan menghukum pemandu yang positif dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#peraturan jalan raya
#keselamatan pengguna
#tindakan tegas
#lori tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan