KUALA LUMPUR: Public Investment Bank (PIVB) Research menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) Malaysia kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024.
Dalam nota penyelidikannya, firma itu berkata ini selaras dengan pandangan Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi, sejajar dengan penilaian berterusan terhadap inflasi dan prospek pertumbuhan.
Bank pusat mengunjurkan bahawa inflasi akan berlegar di antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus pada 2024, mencerminkan gabungan potensi tekanan inflasi yang timbul daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.
"Faktor-faktor dasar dalam negeri dan pengaruh luaran menimbulkan risiko peningkatan yang ketara kepada unjuran inflasi.
"Di peringkat dalam negeri, pelarasan harga barangan keperluan khususnya dalam sektor tenaga dan makanan, boleh menaikkan harga terutamanya jika subsidi bahan api mengalami perubahan," katanya.
Pada asasnya, sebarang pelarasan akan memberi kesan langsung kepada inflasi keseluruhan walaupun dengan kemungkinan kesan jangka pendek apabila kesan asas berkurangan memandangkan bahan api adalah komponen besar dalam bakul indeks harga pengguna (CPI).
Walau bagaimanapun, tahap risiko ini bergantung pada potensi kesan riak, kerana syarikat mungkin menaikkan harga untuk mengimbangi peningkatan kos, sekali gus menguatkan tekanan harga yang lebih luas, kata PIVB Research.
"Walaupun dinamik upah-harga menunjukkan potensi risiko inflasi terhadap kejadian yang tidak dijangka, namun kesan pusingan kedua itu dianggap minimum di Malaysia disebabkan penjajaran kenaikan gaji dengan pertumbuhan produktiviti," katanya.
Secara luaran, BNM turut menekankan turun naik kadar pertukaran dan pergerakan harga komoditi global sebagai pemacu tambahan terhadap tekanan inflasi.
Sementara itu, faktor-faktor yang berterusan seperti ketegangan geopolitik dan gangguan cuaca boleh menyumbang kepada tekanan menaik untuk inflasi makanan.
IHP mengalami peningkatan kecil pada Februari 2024, mencatatkan peningkatan tahun ke tahun (y-o-y) sebanyak 1.8 peratus.
Pada masa yang sama, inflasi teras terus stabil dengan mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 1.8 peratus, konsisten dengan kadar Januari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Secara luaran, BNM turut menekankan turun naik kadar pertukaran dan pergerakan harga komoditi global sebagai pemacu tambahan terhadap tekanan inflasi. - Gambar hiasan/DagangNews
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.