awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Kutip: Imigresen tahan 31 pendatang tanpa izin di Stesen LRT Masjid Jamek

Bernama
Bernama
12/12/2025
02:50 MYT
Ops Kutip: Imigresen tahan 31 pendatang tanpa izin di Stesen LRT Masjid Jamek
Tangkapan tertinggi dalam Ops Kutip di sekitar Stesen LRT Masjid Jamek malam tadi ialah warga Bangladesh, iaitu 11 orang diikuti India (lapan), Pakistan (tujuh) dan Indonesia (tiga). - Foto Imigresen Malaysia
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 31 pendatang tanpa izin termasuk tiga wanita dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Masjid Jamek, di sini, malam tadi.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata Ops Kutip yang bermula pada 7.20 malam melibatkan 25 pegawai melakukan pemeriksaan di sekitar stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di situ.
"Pemeriksaan dilakukan secara rambang terhadap warga asing yang turun dari perkhidmatan LRT dan mereka yang berada di setiap penjuru jalan kawasan itu dengan keseluruhan sebanyak 60 individu diperiksa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata tangkapan tertinggi ialah warga Bangladesh, iaitu 11 orang diikuti India (lapan), Pakistan (tujuh), Indonesia (tiga) serta masing-masing seorang dari Sudan dan Filipina.
"Lima daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa manakala bakinya di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah," katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendatang tanpa izin
#Ops Kutip
#Stesen LRT Masjid Jamek
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan