IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak menahan 158 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Pintu di kawasan pangsapuri di Bercham, Ipoh, awal pagi Sabtu.
Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kesemua PATI itu ditahan untuk siasatan lanjut atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Menurutnya, dalam operasi itu, seramai 157 pegawai dan anggota Imigresen Perak dan Batalion 1 Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta telah memeriksa 300 buah rumah di 15 unit pangsapuri di kawasan yang dikategori kawasan hot spot kerana mempunyai lebih 80 peratus penghuni warga asing.
“Ini merupakan hot spot Jabatan Imigresen dan juga ini merupakan tempat yang mana pemilik premis memberi kebenaran kepada warga asing untuk mendiami premis mereka.
“Mungkin dekat dengan tempat mereka bekerja dan juga mungkin juga dekat dengan pasar raya tempat untuk memudahkan mereka mendapat keperluan harian,” katanya ketika ditemui selepas operasi.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik premis khususnya warga negara, supaya memastikan warga asing memiliki dokumen perjalanan yang sah, sekiranya ingin membenarkan mereka mendiami premis masing-masing.
Jelasnya, warga tempatan yang membenarkan PATI menduduki premis mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.
“Yang ini kita akan laksanakan siasatan lanjut dan sekiranya terbukti berlaku kesalahan, boleh dikenakan denda lah, iaitu tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan ataupun kedua-duanya,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Meor Hezbullah berkata, PATI yang ditangkap terdiri daripada 93 lelaki, 54 perempuan dan 11 kanak-kanak, yang berumur antara 9 hingga 60 tahun.
Tambahnya, mereka merupakan warga negara Bangladesh, Indonesia, China, Pakistan, Nepal, India Sri Lanka, Myanmar dan Vietnam.
Katanya, pihak imigresen akan menjalankan siasatan lanjut ke atas semua PATI itu sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.
“Kita akan mendapatkan keputusan daripada TPR dan bergantung kepada keputusan TPR samada untuk tindakan jabatan, pengusiran ataupun untuk dikenakan denda, hukuman ataupun pendakwaan,” katanya.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Mar 16 2024
Sebahagian daripada 158 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops Pintu di kawasan pangsapuri di Bercham, Ipoh, awal pagi Sabtu.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini
Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia
Pasukan keselamatan Thailand hari ini menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam satu operasi di Songkhla.
Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.
Pemilik jeti ditahan bersekongkol dengan sindiket PATI
Kesemua migran adalah warga Indonesia, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke Malaysia melalui laluan tidak diwartakan.
Isu PATI dibincang dalam pertemuan Ketua Polis Malaysia, Indonesia
Kerjasama antara kedua-dua negara perlu bagi memudahkan proses pemantauan dan penyelarasan sekiranya kejadian serupa berlaku pada masa hadapan.
Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada lemas.
18 PATI warga Myanmar ditahan
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warganegara Myanmar berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.