NATIONAL
Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR

Seorang penduduk menunjukkan lokasi kemalangan tiga motosikal sehingga meragut nyawa di Lebuhraya Jalan Jerus-Kok Lanas, Lingkaran Tengah Utama (CSR) yang masih dalam pembinaan, baru-baru ini. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan jajaran projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan (Pakej 2B: Ketereh Ke Kok Lanas) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama dan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Ringkasan AI
- Orang awam dilarang memasuki kawasan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama dan boleh diambil tindakan undang-undang.
- Kawasan tersebut disekat kerana sedang dalam proses tender semula selepas tamatnya kontrak sedia ada. Langkah kawalan termasuk pemasangan papan tanda amaran dan penghadang konkrit telah dilaksanakan.
- Ini berikutan laporan mengenai kawasan tersebut digunakan untuk perlumbaan haram. JKR akan memastikan kawalan keselamatan dan memohon kerjasama pihak berkuasa serta orang awam untuk mematuhi arahan.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada artikel sebuah akhbar bertajuk 'Lebuh Raya Tak Siap Kini Jadi Litar Rempit' disiarkan pada 11 Jun lepas yang melaporkan kawasan itu dijadikan litar perlumbaan haram oleh penunggang motosikal atau 'mat rempit'.
Menurut JKR pihaknya akan sentiasa memastikan papan tanda amaran dan penghadang konkrit berada dalam keadaan baik dan teratur di tapak berkenaan.
"Laporan polis juga telah dibuat bagi memohon kerjasama pihak berkuasa untuk membuat rondaan secara berkala di lokasi berkenaan. Kerjasama daripada semua pihak dalam mematuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa adalah amat diharapkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami