awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF

Bernama
Bernama
05/04/2024
22:06 MYT
Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF
Larangan tersebut adalah tindakan pencegahan awal yang diambil Pejabat Perikanan Melaka berikutan kes kupang tercemar di Port Dickson, Negeri Sembilan. - Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan (DOF) melarang orang ramai di Melaka memakan dwicangkerang berkuat kuasa serta-merta hingga pemantauan tahap keselamatan bacaan biotoksin berada pada paras yang dibenarkan serta kupang selamat untuk dimakan.
DOF dalam kenyataan semalam memaklumkan hasil analisis dijalankan makmal Biosekuriti DOF terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu, Melaka pada Rabu lepas menunjukkan kehadiran alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada kesihatan manusia.
Menurut kenyataan itu larangan tersebut adalah tindakan pencegahan awal yang diambil Pejabat Perikanan Melaka berikutan kes kupang tercemar di Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Jabatan akan meneruskan pemantauan selama 20 hari dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut prosedur operasi standard Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan yang ditetapkan.
"DOF pada 2 April lepas juga telah mengeluarkan hebahan larangan sementara kepada pengusaha dan penternak bagi menghentikan serta-merta aktiviti menjual dan mengeluarkan kupang ternakan melalui sistem pancang, rak dan 'p-line' dari perairan Melaka," menurut kenyataan itu.
Orang awam diminta untuk segera melaporkan kepada DOF negeri atau daerah yang berhampiran sekiranya mengesan atau melihat perubahan warna air laut kepada merah, coklat, kuning atau hijau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dwicangkerang
#kupang tercemar di Port Dickson
#Kupang
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan