Orang ramai yang ingin menziarahi jenazah Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Istana Besar pagi ini diminta mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, dalam sidang akhbar ketika mengumumkan kemangkatan anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, berkata orang awam diminta mengikut kod etika berpakaian yang disarankan.
Bagi lelaki Islam, mereka perlu mengenakan baju Melayu teluk belanga berdagang luar putih, kain samping hitam dan songkok lilitan jalur putih sementara lelaki bukan Islam perlu memakai baju dan seluar hitam, tali leher dan toha hitam di lengan kiri.
Sementara itu, wanita Islam perlu mengenakan baju kurung putih, kain batik, dan tudung putih manakala wanita bukan Islam memakai baju dan seluar sopan dan toha hitam di lengan kiri atau tudung hitam.
Orang awam dibenarkan melawat jenazah dari pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi ini sementara orang kenamaan dibenarkan melawat dari pukul 11.30 pagi sehingga 12.30 pagi.
Pintu laluan bagi orang awam terletak di pintu masuk pejabat Jumaah Majlis Diraja sementara pintu laluan orang kenamaan adalah di pintu Istana Besar.
Bernama
Sun Dec 06 2015
Orang awam dibenarkan melawat jenazah dari pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi ini sementara orang kenamaan dibenarkan melawat dari pukul 11.30 pagi sehingga 12.30 pagi.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kenyataan Abdul Hadi libatkan Raja-Raja Melayu tidak beretika, demi kepentingan politik
Kenyataan Abdul Hadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana tokoh politik itu pernah melakukan perkara serupa kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Rapid Rail teliti tata cara operasi Koc Wanita
Rapid Rail sedang meneliti tata cara pengoperasian Koc Wanita bagi mendidik orang ramai mengenai etika penggunaannya.
Hajiji harap arus permodenan, dunia digital tidak sanggah prinsip pemberitaan berfakta dan adil
Biar secanggih manapun teknologi yang digunakan, etika dan tanggungjawab sebagai pengamal media tidak pernah berubah.
Peniaga diingatkan beretika, tolak ansur elak perselisihan dengan pelanggan
KPDNHEP mengingatkan peniaga supaya sentiasa beretika dalam mengendalikan pelanggan dan bertolak ansur bagi mengelak berlaku perselisihan faham.
Video promosi judi: Pengarah, syarikat berkaitan sindiket bukan ahli FDAM
Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.
Kontraktor projek jajaran laluan SDE diberi notis pembatalan kontrak
Kontraktor berkenaan dijadualkan memasuki tapak projek itu pada 6 Jan lepas, namun gagal berbuat demikian hingga kini.
Ada orang kata 'bisnes dan rasuah berjalan seiring'... Benarkah begitu?
Jika tanggapan itu wujud, ternyata ekonomi dan amalan perniagaan sesebuah negara tidak sejajar dengan amalan baik.
Coretan buat Dr Tachdijan
Kerahsiaan pesakit adalah menjadi keutamaan bagi profession Perubatan, dan KKM sentiasa menekankan perkara ini.
Kerajaan perlu main peranan terap etika penggunaan media sosial - Pensyarah
Hal ini sangat penting bagi memupuk kesedaran orang ramai supaya menggunakan media sosial dengan sebaik mungkin serta menyekat penyebaran kandungan yang berunsur prejudis.
Etika dan kebersamaan dalam organisasi
Dalam amalan berpersatuan perlunya ada nilai etika dan kebersamaan yang bertujuan sebagai tatalaku yang diterima pakai oleh seluruh ahli persatuan.