awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Besar Jajahan Perak Tengah meninggal dunia

Bernama
Bernama
26/05/2021
04:55 MYT
Orang Besar Jajahan Perak Tengah meninggal dunia
Difahamkan, Allahyarham yang juga Orang Kaya Kaya Setia Bijaya Diraja, meninggal dunia di kediamannya di Desa Perwira di sini. - Gambar fail
IPOH: Orang Besar Jajahan Perak Tengah Datuk Seri Ghazalli Abdul Rahman meninggal dunia di sini, awal pagi tadi kerana sakit tua.
Yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Datuk Seri Mohd Anuar Zaini berkata Allahyarham, 90, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 3.30 pagi.
Difahamkan, Allahyarham yang juga Orang Kaya Kaya Setia Bijaya Diraja, meninggal dunia di kediamannya di Desa Perwira di sini.
"Jenazah kemudian dimandikan dan diuruskan di Masjid Solatiah, Rapat Setia untuk solat jenazah dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap Jalan Kuala Kangsar-Ipoh kira-kira 10 pagi tadi.
"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta diterima segala amal bakti Allahyarham," katanya ringkas kepada Bernama.
Orang Besar Jajahan dipilih dan dilantik Sultan Perak untuk mewakili istana dalam segala urusan berkaitan di setiap daerah yang diamanahkan kepada mereka.
Antara tugas Orang Besar Jajahan ialah menjalankan segala titah perintah Sultan Perak yang berkaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan, agama Islam, adat Melayu serta kebajikan rakyat jelata dengan menganggotai pelbagai pertubuhan dan sebagainya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Besar Jajahan Perak Tengah
#Ghazalli Abdul Rahman
#meninggal dunia
#Masjid Solatiah
#solat jenazah
#Tanah Perkuburan Islam Gurap
#Sultan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan