awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang hilang: Polis minta bantuan kesan S Thilagawathy

Bernama
Bernama
06/12/2024
00:20 MYT
Orang hilang: Polis minta bantuan kesan S Thilagawathy
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kehilangan Thilagawathy diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2231999.
KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang pada Sabtu lepas di Karak, Bentong.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan S. Thilagawathy daripada suaminya pada 10.18 malam, hari sama kehilangan mangsa.
Beliau berkata wanita itu kali terakhir dilihat di Taman Seri Makmur, Karak dengan pakaian punjabi berwarna merah serta berseluar hitam.
"Thilagawathy berkulit cerah dengan ketinggian lebih kurang 165 sentimeter, berbadan gempal dengan berat 80 kilogram," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Zaiham berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2231999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#orang hilang
#Zaiham Mohd Kahar
#Polis Bentong
#S Thilagawathy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan