awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAKIM anjur Program Gema Syukur 2026 di Masjid Putra
Suspek kes pukul pekerja restoran makanan segera akan didakwa Khamis depan
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai diminta patuhi PKPB, elak hadiri solat jenazah, pengebumian ibu Fadillah

Bernama
Bernama
13/01/2021
16:12 MYT
Orang ramai diminta patuhi PKPB, elak hadiri solat jenazah, pengebumian ibu Fadillah
Dayang Rosnah meninggal dunia di kediamannya di PJ Heights, Petra Jaya di sini pada 6.30 petang akibat sakit tua dan meninggalkan 13 anak.
KUCHING:Orang ramai yang bercadang untuk menziarahi ibu Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Dayang Rosnah Abang Madeli, 90, yang meninggal dunia petang tadi agar tidak berbuat demikian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa di sini ketika ini.
Setiausaha Akhbar kepada menteri itu, Misiah Taib berkata pihak keluarga Fadillah memohon orang ramai mengelak daripada menziarahi Allahyarhamah kerana daerah Kuching masih diletakkan di bawah zon merah pandemik COVID-19.
"Kami memohon maaf dan meminta mereka yang ingin menziarahi Allahyarhamah untuk tidak berbuat demikian. Bersamalah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah," menurutnya dalam mesej WhatsApp yang diterima Bernama malam ini.
BACA: Ibu Fadillah Yusof meninggal dunia
Dayang Rosnah meninggal dunia di kediamannya di PJ Heights, Petra Jaya di sini pada 6.30 petang akibat sakit tua dan meninggalkan 13 anak.
Jenazah Allahyarhamah akan disolatkan di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada 9.30 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#meninggal dunia
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#jenazah
#pandemik
#COVID-19
#Islam
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan