Skip to main content

Malaysia

Orang ramai dinasihat rancang perjalanan sempena larian "XTEP 10KM Time Trial 2026" esok

71700982483_marathonrun.jpg
Program larian "XTEP 10KM Time Trial 2026" di ibu negara esok akan berlangsung mulai 5 hingga 9 pagi di sekitar Padang Merbok. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas berikutan penganjuran program larian "XTEP 10KM Time Trial 2026" di ibu negara, esok.  

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata program berkenaan akan berlangsung mulai 5 hingga 9 pagi di sekitar Padang Merbok.  

"Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas trafik dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan terlibat sepanjang acara berlangsung," katanya dalam kenyataan hari ini.  

Mohd Zamzuri berkata laluan terlibat ialah bermula dari Padang Merbok melalui Jalan Berjasa, Jalan Sultan Salahuddin dan Bulatan Dato Onn, Jalan Raja Laut, Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Dato Onn, Lebuhraya Sultan Iskandar (Mahameru) dan Jalan Parlimen.

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program dan laluan yang terlibat, orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau hadir di mana-mana balai polis yang berhampiran.  

-- BERNAMA

Must Watch Video