Menjelang bermulanya sesi persekolahan 2016 Isnin ini, pelajar tahun satu di kebanyakan sekolah di seluruh negara mengadakan sesi orientasi untuk pelajar baharu.
Waktu orientasi di sesebuah sekolah dilihat berbeza-beza dengan ada yang melaksanakannya seawal sebelum cuti akhir tahun persekolahan 2015, dan ada juga yang mengadakannya seminggu sebelum sesi persekolahan 2016 bermula.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng ketika dihubungi Bernama berkata tiada tarikh spesifik ditetapkan bagi setiap sekolah mengadakan sesi tersebut.
"Bagaimanapun, semua sekolah perlu mengadakan sesi orientasi itu selewat-lewatnya esok (Sabtu) sebelum murid memulakan sesi persekolahan baharu Isnin ini," katanya.
Program orientasi itu diadakan bagi mendedahkan murid-murid dengan suasana persekolahan yang bakal dilalui.
Aktiviti yang dijalankan ialah suai kenal murid dengan rakan-rakan dan guru-guru, ujian Bahasa Melayu dan Matematik dan pendedahan awal murid ke kantin pada waktu rehat.
Semasa murid mengikuti aktiviti tersebut, ibu bapa dan penjaga diberi taklimat berkaitan urusan persekolahan yang disampaikan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata ibu bapa dan penjaga digalak mengambil cuti untuk mengiringi anak-anak mereka terutama pada hari pertama persekolahan untuk memberi semangat.
Katanya, sokongan moral dan spiritual ibu bapa amat penting untuk memberikan keyakinan kepada anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar.
"Ia juga sebagai tanda galakan dan motivasi mereka (murid) ke sekolah. Untuk murid-murid tahun satu, eloklah jika ibu bapa dapat menyediakan peralatan seperti beg sekolah yang baharu untuk memberi mereka semangat ke sekolah," katanya.
Bernama
Fri Jan 01 2016
Gelagat murid-murid Tahun Satu pada Hari Orientasi murid Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent, Ipoh hari ini. - Gambar Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Orientasi murid Tahun Satu sesi 2016 hampir selesai
Menjelang bermulanya sesi persekolahan 2016 Isnin ini, pelajar tahun satu di kebanyakan sekolah di seluruh negara mengadakan sesi orientasi untuk pelajar baharu.