Kerajaan Pulau Pinang hari ini membatalkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri berikutan situasi semasa negeri yang berdepan penularan pandemik COVID-19.

Pengerusi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang berkata keputusan itu diambil atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi mengelak perhimpunan ramai.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bersidang semalam telah membuat ketetapan bahawa sambutan Hari Malaysia Peringkat negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada 16 Sept adalah dibatalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak menggalakkan sebarang penganjuran acara perhimpunan sempena sambutan Hari Malaysia.

BACA: Tetamu akad nikah di Bukit Indera Muda diminta hubungi Pejabat Kesihatan SPT

BACA: Pulau Pinang bukan lagi zon hijau, catat satu kes baharu COVID-19

-- BERNAMA