GEORGE TOWN: Pulau Pinang berharap kerajaan Pusat memuktamad pindaan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dan Rang Undang-Undang Had Jawatan Perdana Menteri Dua Penggal sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu perlu diambil bagi menjamin kestabilan politik dalam negara.
"Dua perkara ini mesti dibentang dalam sidang Parlimen akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas Majlis Agihan Peket Makanan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.
Perkara itu telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 Sept 2021.
Mengulas lanjut, Chow berkata, Pulau Pinang tidak memerlukan pilihan raya negeri kerana kerajaan negeri itu telah dibentuk daripada Dewan Undangan Negeri yang kukuh melalui Pilihan Raya Umum ke-14.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan ke atas pihak pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung pada minggu depan.
Katanya, pihak berkuasa tempatan diarah meneliti perjanjian yang ditandatangani bagi melihat tahap pematuhan dalam pengurusan tapak pelupusan sebelum kerajaan negeri membuat pembentangan cadangan tindakan bakal dikenakan selepas meneliti batasan undang-undang. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Pindaan RUU Anti Lompat Parti dan RUU Had Jawatan Perdana Menteri Dua Penggal, kata Chow Kon Yeow, perlu diambil bagi menjamin kestabilan politik dalam negara. - Gambar fail
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
RUU Antilompat Parti dicadang dibahas di Dewan Rakyat pada 27 dan 28 Julai ini
Begitupun, keputusan sama ada RUU tersebut dibenarkan untuk dibahas atau tidak adalah tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.
RUU Lompat Parti: Kerajaan, Pembangkang setuju sokongan dua pertiga terhadap pindaan Perlembagaan
Pindaan berkenaan adalah bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
PRN Johor: Akta antilompat parti, elaun sama rata antara ikhtiar BN Johor - Hasni
Ia merupakan inisiatif BN untuk memastikan sistem demokrasi tidak lagi tercemar dengan budaya seperti itu, seperti mana yang tergaris di bawah Ikhtiar 6: Reformasi Politik.
MoU Transformasi: RUU Anti-Lompat Parti, had tempoh Perdana Menteri antara dipersetujui
Kesemua RUU ini, menurut dokumen terbabit, perlu dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 (Tahun 2022)