GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang sedang mengkaji kemungkinan untuk membuka permintaan untuk cadangan (RFP) tahun depan untuk mempelawa syarikat atau konsortium yang berminat membina projek Transit Aliran Ringan (LRT) negeri.
Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Zairil Khir Johari berkata, rancangan itu akan diteruskan sekiranya projek tambak laut di perairan selatan (PSR) negeri tergendala.
"Kerajaan negeri yakin PSR akan dilaksanakan tapi projek ini tergendala, kami sedang mengkaji kemungkinan untuk membuka RFP tahun depan bagi menjemput syarikat atau konsortium yang berminat untuk membina LRT.
"Ini adalah juga untuk menawarkan apa-apa model perniagaan yang boleh dipertimbangkan untuk membina LRT ini sebelum PSR dapat dijalankan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan dari Goh Choon Aik (PH-Bukit Tambun) yang bertanya berkenaan rancangan kerajaan negeri sekiranya projek PSR tidak dapat dilaksanakan.
Sementara itu Dr Afif Bahardin (Bersatu-Seberang Jaya) mengemukakan soalan tambahan sama ada penyerahan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) kali kedua kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memberi risiko kepada kerajaan negeri untuk tidak dapat kelulusan untuk projek PSR.
Zairil berkata pindaan yang dibuat ke atas laporan EIA kali kedua ini tidak banyak dan cuma membabitkan turutan pembinaan pulau.
"Kelulusan EIA yang diberikan pada kali pertama adalah untuk Pulau B dibina dahulu, namun sekarang kerajaan negeri beranggapan bawah Pulau A adalah lebih penting kerana ia adalah kawasan perindustrian yang baharu dan sangat diperlukan kerana kawasan perindustrian yang sedia ada di Batu Kawan dan Bayan Lepas sudah penuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Zairil Khir Johari berkata, rancangan itu akan diteruskan sekiranya projek tambak laut di perairan selatan (PSR) negeri tergendala. - Facebook
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024
Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula pada 29 Feb 2024.
Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.
Koc tren LRT khas 'Cerita Malaysiaku' rai Hari Malaysia
Tren Cerita Malaysiaku dibalut khas dan dihiasi dengan visual yang memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya.
Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.
Rapid Bus, DBKL laksana projek percubaan lorong bas di Jalan Ampang mulai Isnin
Rapid Bus dengan kerjasama DBKL akan melaksanakan projek percubaan lorong bas bermula dari persimpangan Jalan Rhu sehingga ke persimpangan Jalan Tun Razak, di Jalan Ampang, di sini mulai 3 Julai ini.
Prasarana, redONE bekerjasama jenama semula Stesen LRT KL Sentral
Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (Pride) dan redONE Network Sdn Bhd (redONE), mengumumkan kerjasama yang membabitkan penjenamaan semula Stesen LRT KL Sentral sebagai 'KL Sentral redONE.'