awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC

Bernama
Bernama
29/08/2023
23:30 MYT
Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Semua perkhidmatan rel akan bermula pada 4 pagi 31 Ogos bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin ke acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Warga kota yang ingin ke acara sambutan Ambang Merdeka di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) disaran menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) sebagai alternatif perjalanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Amir Hamdan berkata selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.
"Langkah ini juga dapat membantu mengurangkan kesesakan yang lazimnya berlaku di stesen LRT KLCC sejurus selepas acara tamat. Pengguna diminta menggunakan kad TnG ketika menggunakan perkhidmatan rel dan memastikan baki mencukupi," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, selain stesen LRT KLCC dan MRT Persiaran KLCC, lapan lagi stesen rel lain akan dilanjutkan perkhidmatan hingga jam 2 pagi, sempena sambutan Ambang Merdeka 2023.
Selain itu, semua perkhidmatan rel akan bermula pada 4 pagi pada 31 Ogos bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin ke acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ambang Merdeka
#KLCC
#LRT
#MRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan