awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang rancang perbanyak FSP bantu mangsa keganasan rumah tangga

Bernama
Bernama
08/07/2025
21:00 MYT
P. Pinang rancang perbanyak FSP bantu mangsa keganasan rumah tangga
Kerajaan Pulau Pinang merancang memperbanyak Titik Sokongan Pertama (First Support Points) (FSP), iaitu individu yang terlatih dalam menangani kes keganasan rumah tangga di negeri itu. - Foto Facebook Lim Siew Khim
GENEVA (Switzerland): Kerajaan Pulau Pinang merancang memperbanyak Titik Sokongan Pertama (First Support Points) (FSP), iaitu individu yang terlatih dalam menangani kes keganasan rumah tangga di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim berkata, FSP bertindak sebagai barisan pertama yang akan merujuk kes-kes keganasan rumah tangga kepada agensi berkaitan secara sulit dan berkesan.
"Kita sudah melatih lebih 500 FSP dan kita akan memperluas FSP ini," katanya kepada media, di sini, baru-baru ini.
Aplikasi Penang Stop Violence yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bersama kerajaan negeri bagi menghubungkan mangsa keganasan rumah tangga dengan FSP meraih johan bagi kategori C10: Ethical Dimension of the Information Society pada Anugerah Sidang Kemuncak Masyarakat Maklumat Sedunia (WSIS) 2025.
"Kerajaan negeri akan terus komited untuk memperluas inisiatif ini serta meneroka lebih banyak pendekatan berasaskan teknologi yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat demi mewujudkan Pulau Pinang yang lebih baik dan lebih selamat untuk semua," katanya.
Anugerah WSIS dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dengan kerjasama agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meraikan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memacu kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#FSP
#Titik Sokongan Pertama
#keganasan rumah tangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan