awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar lancar RPN 2026-2035 pada 20 Jan, perkukuh ekosistem pendidikan negara
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Pas teliti cadangan UMNO tubuh gabungan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC akan panggil semula saksi, mantan pengarah bebas MAHB - Mas Ermieyati

Bernama
Bernama
11/07/2025
06:40 MYT
PAC akan panggil semula saksi, mantan pengarah bebas MAHB - Mas Ermieyati
Mas Ermieyati turut menegaskan bahawa kenyataan Naib Pengerusi PAC Teresa Kok dan Ahli PAC Sim Tze Tzin semalam adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi jawatankuasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula beberapa saksi termasuk mantan pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu penjualan saham dan penswastaan syarikat itu.

Ringkasan AI
  • Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula beberapa saksi termasuk mantan pengarah bebas MAHB untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu penjualan saham dan penswastaan syarikat tersebut.
  • Pengerusi PAC menegaskan bahawa kenyataan oleh dua ahli PAC baru-baru ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi jawatankuasa, serta mengingatkan bahawa semua maklumat prosiding tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 85.
  • PAC belum memuktamadkan sebarang rumusan atau syor berhubung prosiding dan akan menyediakan laporan lengkap selepas semua sesi selesai untuk dikemukakan kepada kerajaan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap hansard prosiding terdahulu mendapati masih terdapat beberapa persoalan belum terjawab.
"PAC telah mengadakan 16 mesyuarat prosiding setakat ini dan akan diteruskan dengan memanggil beberapa lagi saksi yang berkepentingan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mas Ermieyati turut menegaskan bahawa kenyataan Naib Pengerusi PAC Teresa Kok dan Ahli PAC Sim Tze Tzin semalam adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi jawatankuasa.
Semalam, Kok dan Sim dilapor berkata prosiding mengenai isu itu semalam berjalan lancar dengan kerjasama baik diberikan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
Sim juga dipetik berkata kebanyakan ahli PAC gembira serta berpuas hati melalui prosiding itu selain berpandangan tiada apa yang perlu disiasat memandangkan tiada isu tatakelola.
Selain itu, Mas Ermieyati mengingatkan bahawa segala dapatan, perbincangan dan dokumen yang dikemukakan dalam prosiding tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan tidak seharusnya didedahkan kepada media oleh mana-mana pihak.
"PAC menghargai kerjasama baik yang telah diberikan oleh semua saksi yang dipanggil dalam prosiding berhubung isu Pengurusan Lapangan Terbang Awam, namun masih belum memuktamadkan sebarang rumusan atau syor berhubung prosiding berkenaan," katanya.
Beliau berkata laporan lengkap akan disediakan selepas semua prosiding selesai, sebelum dikemukakan kepada kerajaan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHB
#PAC
#Mas Ermieyati
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan