awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA

Bernama
Bernama
04/03/2025
08:47 MYT
PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata dengan langkah itu, LTAT dapat terus membayar dividen secara konsisten di samping memastikan kelestarian LTAT. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan hari ini berkata dengan langkah itu, LTAT dapat terus membayar dividen secara konsisten di samping memastikan kelestarian LTAT.
Beliau berkata PAC turut mencadangkan agar LTAT meneruskan dalam mempelbagaikan komposisi portfolio pelaburan, memandangkan sebahagian besar portfolio pelaburan LTAT masih tertumpu di dalam Kumpulan Boustead.
"PAC telah dimaklumkan LTAT kini sedang menilai semula Rangka Kerja SAA sedia ada, dengan memberi tumpuan kepada pengurusan risiko melalui kepelbagaian pelaburan merentas kelas aset, selaras dengan syor PAC kepada LTAT untuk mempelbagaikan komposisi portfolio pelaburan dan tidak bergantung kepada satu entiti.
Beliau berkata PAC masih belum menerima Pelan Penstrukturan Kumpulan Boustead dan menunggu pihak LTAT untuk mengemukakan dokumen berkaitan setelah ia dimuktamadkan.
Mas Ermieyati berkata pelan penstrukturan itu telah dibentangkan kepada jemaah menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan II dan Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri.
Sementara itu, beliau berkata orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti setiap tindakan susulan MINDEF dan LTAT serta ulasan PAC, boleh memuat turun penyata berkenaan di laman web PAC di alamat www.parlimen.gov.my/pac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAC
#Mas Ermieyati
#LTAT
#dividen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan