awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar lancar RPN 2026-2035 pada 20 Jan, perkukuh ekosistem pendidikan negara
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Pas teliti cadangan UMNO tubuh gabungan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC panggil Menteri Kewangan II beri keterangan isu penjualan saham MAHB esok

Bernama
Bernama
09/07/2025
10:35 MYT
PAC panggil Menteri Kewangan II beri keterangan isu penjualan saham MAHB esok
PAC akan memanggil Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) sebagai saksi dalam prosiding berhubung penjualan saham dan penswastaan MAHB. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai saksi untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan saham dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) esok.

Ringkasan AI
  • PAC akan memanggil Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai saksi dalam prosiding berhubung penjualan saham dan penswastaan MAHB, dijadualkan berlangsung esok.
  • Enam saksi telah dipanggil minggu ini, termasuk bekas CEO MAHB, CEO HLIB, KWAP, PNB, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti, menjadikan jumlah keseluruhan 14 mesyuarat prosiding setakat ini.
  • PAC akan membentangkan penyata hanya selepas semua pihak berkepentingan memberi keterangan, sebagai langkah memastikan ketelusan dan integriti dalam isu pengurusan lapangan terbang awam.

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi meneruskan prosiding berhubung pengurusan lapangan terbang awam di bawah Kementerian Kewangan, MAHB, Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau berkata sepanjang minggu ini, PAC telah mengadakan enam prosiding berhubung isu berkenaan melibatkan enam saksi, iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB) Lee Jim Leng dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Datuk Nik Amlizan Mahamed.
Tiga lagi saksi, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Fad'l Mohamed serta Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Zain Azhari Mazlan yang mewakili Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi.
"Sehubungan itu, kini PAC telah mengadakan 14 mesyuarat prosiding berhubung isu pengurusan lapangan terbang awam ini. PAC akan hanya membentangkan penyata setelah mengambil keterangan daripada semua pihak yang berkepentingan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#PAC
#Mas Ermieyati
#Amir Hamzah Azizan
#Menteri Kewangan II
#Khazanah
#KWSP
#MAHB
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan