awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah berebut kipas angin, warga asing maut ditikam rakan serumah

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2020
23:40 MYT
Padah berebut kipas angin, warga asing maut ditikam rakan serumah
Seorang lelaki warga asing maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh rakan serumah dipercayai gara-gara berebut kipas angin sekitar jam 10 malam tadi. -Gambar hiasan
Seorang lelaki warga asing maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh rakan serumah dipercayai gara-gara berebut kipas angin sekitar jam 10 malam tadi.
Ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengumpul barang lusuh sedang berehat bersama isteri dan dua anak di bilik sewaan masing-masing di tingkat 3, rumah kedai di Bandar Putera Permai, Seri Kembangan, Selangor.
Namun berlaku pertelingkahan kecil di antara mangsa dengan suspek yang berebutkan sebuah kipas angin sebelum keadaan menjadi tegang dan berlaku pergelutan di antara mereka.
Mangsa cuba melarikan diri namun rebah di aras bawah.
Mangsa dipercayai mati akibat tikaman di bahagian belakang badan, leher dan kepala.
Suspek terbabit kemudian melarikan diri.
Polis menemukan pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Isteri dan seorang ahli keluarga mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh.
Topic Berkaitan
#berebut kipas
#bunuh
#ditikam bertubi-tubi
#Kanun Keseksaan
#pengumpul barang lusuh
#Seksyen 302
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan