Padah berlagak samseng dengan memecahkan cermin sisi kenderaan lain yang enggan memberikan laluan di jalan raya, seorang pemuda didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu.
Majistret Lim Kim Keat menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohammad Shamirul Mohd saat, 24 tahun yang mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah memukul cermin sisi bahagian kanan kereta mangsa jenis Proton Persona menggunakan sebatang besi dan menyebabkan kerugian sebanyak RM300.
Tindakan itu dilakukan tertuduh sekitar 1 petang di tepi Jalan Jambatan Jalan Tun Mamat di sini pada 23 Disember 2017.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 427 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, tertuduh sebagai penumpang kereta Volkswagen telah memukul cermin sisi kereta mangsa hanya kerana tidak berpuas hati kerana enggan memberikan laluan jalan.
Terdahulu, prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria memohon hukuman berat diberikan terhadap tertuduh kerana bersikap tidak rasional dan berlagak seperti samseng jalanan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman diringankan dengan alasan baru mendapat pekerjaan.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Kim Keat menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
Raffi Bachik
Wed Feb 28 2018
Tindakan itu dilakukan tertuduh sekitar 1 petang di tepi Jalan Jambatan Jalan Tun Mamat di sini pada 23 Disember 2017. - Foto Astro AWANI
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
Dua maut termasuk kanak-kanak, 11 cedera, nahas dua kenderaan
Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki yang memandu kereta dan seorang kanak-kanak lelaki.
Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta
Anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya.
Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah
Kanak-kanak tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.
8 cedera, 7 selamat nahas 9 kenderaan di lebuh raya
Dipercayai kemalangan yang membabitkan sembilan kenderaan itu berlanggar dari arah belakang, bagaimanapun tiada mangsa tersepit.
Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022
City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.
Rumah, kereta musnah terbakar di Hutan Melintang
Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 40x40 terbakar sebanyak 65 peratus, sebuah kereta turut musnah terbakar 80 peratus.
Dua maut, enam cedera nahas di Sungai Buloh
Mangsa yang maut merupakan kanak-kanak perempuan dan lelaki dewasa.