awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2024
01:15 MYT
Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori
Kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW 3 Series dan lori di Kilometer 123.6 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Pagoh, pada malam Selasa. - Foto JBPM
PAGOH: Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW 3 Series dengan lori di Kilometer 123.6 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Pagoh dekat sini, pada malam Selasa.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II, Jefri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 malam.
"Terdapat empat orang yang menaiki BMW tersepit. Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mereka yang tersepit.
"Mangsa berjaya dikeluarkan dan tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita disahkan maut di tempat kejadian.
"Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita mengalami kecederaan parah serta dibawa ke hospital berhampiran," katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, operasi tamat pada jam 9.59 malam. - Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Nahas
#kereta
#Lori
#meninggal dunia
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan