Tindakan seorang lelaki yang cuba menyogok anggota polis dengan wang tunai RM500 bagi membebaskan rakannya, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) akhirnya mengundang padah apabila suspek dicekup dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.52 petang Rabu itu, polis terdahulu menahan seorang lelaki PATI yang berusia lingkungan 30-an di kawasan Putatan, dekat sini dan membawanya ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.
Ketika anggota bertugas sedang membuat laporan berhubung tangkapan itu di balai berkenaan, pengadu (anggota polis) telah didatangi seorang lelaki tidak dikenalinya dan memperkenalkan dirinya adalah kenalan suspek PATI terbabit.
Suspek kemudian cuba menawarkan wang tunai berjumlah RM500 kepada anggota polis berkenaan sebagai sogokan untuk membebaskan rakannya.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, suspek diberi amaran tiga kali supaya berhenti daripada meneruskan niatnya itu, namun tidak diendahkan suspek.
"Secara tiba-tiba suspek meletakkan wang tersebut di atas meja pengadu dan pengadu telah meminta supaya dia mengambil semula wang tersebut tetapi lelaki itu terus berlari keluar dari pejabat pengadu."
"Pengadu telah membuat tangkapan terhadap suspek kerana perbuatan suspek yang cuba memberi sogokan kepada pengadu walaupun telah diberi amaran."
"Pihak polis turut merampas wang tunai RM50 berlainan nombor siri berjumlah keseluruhan RM500 dipercayai wang sogokan yang cuba diberi kepada pengadu," katanya.
Menurut beliau, kes itu akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.
"Dalam pada itu, kami di IPD Penampang ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak sesekali cuba memberikan rasuah atau sogokan kepada anggota polis yang menjalankan tugas."
"Sebarang tindakan sedemikian bukan sahaja boleh dikenakan undang-undang malah turut dirujuk kepada pihak SPRM untuk tindakan lanjut," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Thu Mar 15 2018
MOHD HARIS: Suspek diberi amaran tiga kali supaya berhenti daripada meneruskan niatnya itu, namun tidak diendahkan suspek. - Astro AWANI
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Mayat bayi ditinggalkan di tangga dengan nota
Seorang penghantar barang terkejut apabila menemui sebuah beg mengandungi mayat bayi yang ditinggalkan bersama sekeping nota.
Nelayan mengaku bersalah sogok polis RM500
Seorang lelaki warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memberi sogokan RM500 sebagai dorongan pegawai polis membebaskan rakannya yang juga seorang PATI.
Lelaki cuba sogok polis RM500 ditahan SPRM
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menyogok pegawai polis sebanyak RM500 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.
Padah cuba sogok polis
Suspek cuba menawarkan wang tunai berjumlah RM500 kepada polis sebagai sogokan untuk membebaskan rakannya, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI)