awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah main badminton, 32 dikompaun di Skudai

Bernama
Bernama
17/06/2021
20:00 MYT
Padah main badminton, 32 dikompaun di Skudai
Kesemua mereka dikompaun terdiri daripada pemilik pusat sukan tersebut dan pemain badminton berusia 18 hingga 44 tahun. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Gara-gara berkumpul dan bermain badminton di sebuah gelanggang badminton di Skudai, di sini dua hari lepas, 32 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua mereka dikompaun terdiri daripada pemilik pusat sukan tersebut dan pemain badminton berusia 18 hingga 44 tahun.
Beliau berkata serbuan di premis terletak di Batu 6, Jalan Skudai kira-kira 5.30 petang itu hasil daripada maklumat orang awam.
"Pemilik premis dikenakan kompaun RM2,000 manakala mereka yang bermain badminton masing-masing dikenakan RM1,500 seorang kerana bermain badminton semasa tempoh PKP dan tidak menjaga penjarakan fizikal.
"Kesalahan dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan)(No.4)(Pindaan)(No.16) 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua individu terbabit dibebaskan tanpa syarat sebaik kompaun dikeluarkan dan mereka dikehendaki menjelaskan bayaran di pejabat kesihatan daerah Johor Bahru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP
#badminton
#PKP
#COVID-19
#penjarakan fizikal
#Rupiah Abd Wahid
#penyakit berjangkit
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan