awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah mengamuk pecah cermin dan kemikkan bumbung kereta, lelaki didenda

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
22/12/2019
09:26 MYT
Padah mengamuk pecah cermin dan kemikkan bumbung kereta, lelaki didenda
Tertuduh, Adnan Mohd (tengah) turut berdepan hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda dikenakan. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki didenda RM5,000 kerana memecahkan cermin kereta milik rakan adik perempuannya.
Tertuduh, Adnan Mohd, 39, turut berdepan hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda dikenakan.
Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh mengaku bersalah mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan kereta jenis Proton Saga.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memecahkan cermin kenderaan tersebut dengan niat untuk menyebabkan kerosakan kepada harta yang nilainya RM280.
Perbuatan terbabit didakwa dilakukan 17 Disember lalu di hadapan rumah di Kampung Tualang, Manir, di Kuala Terengganu kira-kira jam 9 malam.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian tertuduh berada di rumahnya sebelum dikatakan mengamuk secara tiba- tiba dan bertindak menerajang pintu bilik adiknya.
Masih tidak berpuas hati, tertuduh kemudian mengambil besi di luar rumah sebelum bertindak memecahkan cermin sisi sebelah kiri kereta.
Akibat perbuatan itu, kereta yang dipinjam adiknya daripada rakan turut mengalami kerosakan kemek di bahagian bumbung.
Topic Berkaitan
#didenda
#dipenjara
#kemek bumbung
#kereta
#Kuala Terengganu
#Manir
#mengamuk
#pecah cermin
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan