awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah terajang kucing bernama 'Mimi', remaja akhirnya ...

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2018
10:05 MYT
Padah terajang kucing bernama 'Mimi', remaja akhirnya ...
Pembantu Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Muhd Tarmizi Mohd Dzaki memegang seekor anak kucing berusia enam bulan diberi nama 'Mimi' ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Padah menendang seekor anak kucing, seorang remaja perempuan bawah umur dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini.
Remaja berusia 16 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu di belakang kedai perabut, Lorong Seri Menerong 4, Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor.
Remaja berkenaan membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Che Rohana Ismail yang dilakukan dalam prosiding tertutup.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa tanpa sebab yang munasabah telah menendang seekor kucing kira-kira jam 1 petang pada 4 Mac 2018.
Difahamkan tindakan remaja berkenaan telah dirakam sebelum dimuat naik ke laman sosial dan menjadi tular.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa tanpa sebab yang munasabah telah menendang seekor kucing kira-kira jam 1 petang pada 4 Mac 2018. - Foto Astro AWANI
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa tanpa sebab yang munasabah telah menendang seekor kucing kira-kira jam 1 petang pada 4 Mac 2018. - Foto Astro AWANI
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) (Akta 647), namun dikenakan hukuman mengikut Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana masih di bawah umur.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohd. Zamri Shak@Ishak.
Topic Berkaitan
#bon berkelakuan baik
#Mahkamah Majistret
#remaja
#tendang kucing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan