awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah turun landasan ambil 'earphone'

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2023
07:00 MYT
Padah turun landasan ambil 'earphone'
Seorang lelaki tempatan ditahan untuk siasatan kes ceroboh landasan Stesen LRT Taman Paramount, Petaling Jaya pada Isnin. -Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Tindakan melulu seorang lelaki yang mahu mengambil fon telinga atau earphone yang terjatuh di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Paramount di sini mengundang padah selepas ditahan pihak berkuasa, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 9.28 pagi berkaitan tangkapan lelaki terbabit oleh Polis Bantuan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
“Kejadian berlaku pada jam 8.09 pagi selepas penggera landasan berbunyi dan didapati terdapat seorang lelaki tempatan berada di landasan platform 1 (northbound).
“Lelaki itu dikesan mengambil earphone di landasan terbabit hingga menyebabkan tren tergendala selama tiga minit,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu kemudian ditahan kerana menceroboh landasan kereta api.
Katanya, lelaki terbabit telah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991.
Tegasnya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan perbuatan jenayah. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#landasan kereta api
#LRT Taman Paramount
#prasarana
#ambil fon telinga atau earphone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan