MELAKA:Sebuah beg berisi mayat ditemukan sepasukan bomba ketika menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah kereta dalam kejadian di hadapan bengkel di kawasan perindustrian Pulau Sebang di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, beg berisi mayat yang masih belum dikenalpasti identiti ditemui di bahagian tempat duduk belakang kereta jenis Honda Civic Ferio itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tampin, ketika melakukan kerja-kerja pemadaman cuba melakukan pemeriksaan sebelum mendapati terdapat beg berisi mayat manusia.
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian di kawasan perindustrian Kuala Ina, Pulau Sebang, terdapat sebuah motokar jenis Honda Civic Ferio terbakar dan pasukan bomba telah hadir bagi memadamkan kebakaran.
“Selepas pihak bomba memadam kebakaran dan membuat pemeriksaan mendapati terdapat sebuah beg berwarna hitam yang terletak di bahagian penumpang belakang yang mengandungi mayat disyaki manusia sebelum menghubungi Balai Polis Pulau Sebang untuk makluman awal,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Nor Yhazid berkata, siasatan terhadap pemilik bengkel memaklumkan kereta berkenaan yang dipandu oleh seorang lelaki telah rosak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh pada Selasa lalu, sebelum ditunda ke kedai tersebut.
“Kemudian kereta itu telah diletakkan di bengkel dan disebabkan lelaki tersebut tidak membayar wang ‘towing’, pihak bengkel tidak mengambil apa-apa tindakan kepada kereta itu dan dibiarkan di hadapan bengkel.
“Hasil keterangan pekerja bengkel turut mengatakan menyedari terdapat beg besar berwarna hitam di dalam kereta, namun tidak mengesyaki apa-apa ketika itu,” tambahnya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti identiti dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Sep 17 2020
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, beg berisi mayat yang masih belum dikenal pasti identiti ditemui di bahagian tempat duduk belakang kereta. - Foto PDRM
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.