awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padang Astaka Sitiawan di Manjung terbakar

Bernama
Bernama
22/07/2021
21:12 MYT
Padang Astaka Sitiawan di Manjung terbakar
Video kebakaran tular di media sosial menunjukkan kepulan asap putih memenuhi lokasi kejadian. - Foto BERNAMA/FB Suara Perak
IPOH: Satu kebakaran berlaku di Padang Astaka Sitiawan melibatkan lalang kering di kawasan tanah lapang berkeluasan enam hektar, yang terletak di Manjung, kira-kira 90 kilometer dari sini, petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden tersebut pada 2.49 petang dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di tempat kejadian, kebakaran melibatkan lalang kering di kawasan tanah lapang tersebut.
"Anggota menggunakan empat aliran hos sepanjang 121 meter menerusi bekalan air daripada jentera dan sumber pili bomba sehingga api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata cuaca panas dan keadaan padang yang kering antara faktor api merebak dengan begitu cepat manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.
"Orang ramai diminta supaya menghentikan pembakaran secara terbuka semasa keadaan cuaca panas ketika ini," katanya.
Video kebakaran itu turut tular dalam media sosial yang menunjukkan kepulan asap putih memenuhi di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#manjung
#cuaca panas
#JBPM
#bekalan air
#bomba
#media sosial
#video
#kebakaran
#lalang kering
#tanah lapang
#Padang Astaka Sitiawan
#pembakaran terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan