awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paderi mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki

Bernama
Bernama
16/08/2024
10:15 MYT
Paderi mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Kedua-kedua kesalahan dilakukan di sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong, Puchong kira-kira pukul 5 petang hingga 7 malam pada akhir Jun 2024. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang paderi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki di sebuah gereja pada Jun lepas.
B. Moses Melchidezek, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Bagi pertuduhan pertama dia didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dengan meletakkan jari kakinya di kemaluan mangsa bagi maksud seksual.
Bagi pertuduhan kedua, Moses didakwa atas kesalahan sama dengan meletakkan tangan kanak-kanak tersebut di kemaluannya.
Kedua-kedua kesalahan dilakukan di sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong, Puchong kira-kira pukul 5 petang hingga 7 malam pada akhir Jun 2024.
Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nabilah Abd Rashid mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan tertuduh tidak dibenarkan untuk menghubungi mangsa.
Peguam mewakili tertuduh Datuk N. Sivananthan memohon supaya mahkamah mempertimbangkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan dan menyerahkan syarat-syarat tambahan lain untuk ditentukan mahkamah.
"Dalam kes ini pengadu (mangsa) tinggal di gereja tersebut dan mangsa telah pun berpindah keluar dan tiada risiko untuk apa-apa gangguan kepada mangsa," katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM15,000 secara bersekali bagi kedua-dua pertuduhan dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Sept ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#paderi
#mengaku tidak bersalah
#amang seksual
#Kanak-kanak
#B Moses Melchidezek
#gereja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan