PETALING JAYA:Sebanyak 10 daripada 12 pasukan lulus dan diberikan lesen kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi pada saingan Liga Super musim 2021, manakala Pahang dan Melaka hanya diberikan lesen kelab bersyarat sehingga 31 Okt ini.
Sepuluh pasukan itu adalah Felda United FC, UiTM FC, Johor Darul Ta'zim FC, Kedah FA, PDRM FA, Perak FA, Petaling Jaya City FC, Sabah FA, Selangor FA dan Terengganu FC.
Pengerusi 'First Instance Body' (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata Pahang dan Melaka perlu melengkapkan keperluan disyaratkan hujung bulan ini, atau berdepan tindakan denda, pemotongan mata, penurunan liga dan mungkin lesen ditarik balik.
"Surat balas daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) berhubung permohonan Melaka untuk membayar tunggakan secara ansuran didapati tidak jelas. Walaupun LHDN telah terima surat daripada Melaka, ia tidak jelas mereka bersetuju atau tidak dengan permohonan itu.
"Pahang pula terdapat maklumat yang tidak dimasukkan di dalam surat permohonan kepada LHDN, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Ia memerlukan penjelasan lanjut dari Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berkata tiga daripada lapan pasukan Liga Premier 2020 telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Premier atau Super musim depan, jika layak.
Tiga pasukan berkenaan adalah Kelantan United FC, Kuala Lumpur FA dan Negeri Sembilan FA manakala lima pasukan lagi - Kuching FA, Kelantan, UKM FC, Pulau Pinang dan Sarawak United FC diberikan lesen kebangsaan bersyarat.
Dalam pada itu, Sheikh Mohd Nasir berkata lapan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) lulus dan diberikan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi musim 2021 iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), Perak, Selangor, Terengganu FC, Felda United FC, Petaling Jaya FC, Kedah dan Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, kesemua 21 pasukan berjaya melengkapkan proses penswastaan kelab merangkumi pemisahan daripada persatuan bola sepak (FA) ke kelab bola sepak (FC).
Bagaimanapun, FAM menegaskan penswastaan kelab serta pemisahan daripada FA ke FC itu adalah fasa pertama dalam proses penswastaan sebelum pasukan diminta menghantar kedua-dua carta organisasi pengurusan FA dan FC berserta portfolio setiap individu terlibat selewat-lewatnya pada 30 Nov depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
Sheikh Mohd Nasir (kanan) hadir pada sidang media mengenai Pelesenan Kelab FAM bersama Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam (kiri) dan AJK Eksekutif FAM Mohd Firdaus Mohamed di Wisma FAM, 5 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Lesen memandu kini boleh diperbaharui untuk tempoh 10 tahun - Anthony Loke
Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.
Pemilik anjing di Sarawak perlu dapatkan lesen
Pemilik anjing yang ingkar memohon lesen berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000.
Lima lelaki didakwa jalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen
Mereka didakwa menjalankan perniagaan tersebut dengan meminjamkan wang berjumlah RM6,300 berserta faedah kepada tiga individu.
Kerajaan bincang atasi masalah kontraktor Melayu - Mustapa
Kerajaan sedang dalam proses menyelesaikan masalah hampir 50,000 kontraktor Melayu yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor.
136,448 warga asing lakukan kesalahan jalan raya sejak 2019
Kira-kira 136,448 warga asing di seluruh negara direkod melakukan pelbagai kesalahan jalan raya bermula 2019 hingga Mei tahun ini.
Polis Terengganu pantau jualan mercun, bunga api
Langkah itu bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual bahan larangan tersebut di musim perayaan ini.
3.78 juta kenderaan masih belum perbaharui LKM - JPJ
Pemilik LKM diberi tempoh hingga 31 Dis ini untuk memperbaharuinya.
Cadangan had pengeluaran lesen warga emas belum dibincang - KPN
Cadangan mengehadkan pengeluaran lesen kenderaan motor kepada warga emas belum lagi dibincangkan secara mendalam.
JPJ ganti lesen percuma untuk penduduk terlibat banjir di Yan
Gantian dokumen menerusi inisiatif 'touch point' jabatan itu khusus untuk semua mangsa banjir di lokaliti tersebut yang mengalami kerosakan atau kehilangan dokumen penting.