awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang perhebat kempen daftar vaksin - Menteri Besar

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2021
10:39 MYT
Pahang perhebat kempen daftar vaksin - Menteri Besar
Pahang mensasarkan program imunisasi negeri bagi fasa kedua yang melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta yang berpenyakit kronik dijangka selesai sebelum Aidilfitri, kata Wan Rosdy Wan Ismail. - Gambar fail
KUANTAN: Jumlah rakyat Pahang yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 masih di tahap rendah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Secara keseluruhan, hanya 25 peratus individu yang berdaftar menerusi Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP) dan 32.8 peratus yang berdaftar menerusi MySejahtera berbanding sasaran 1.6 juta penduduk negeri itu.
Sasaran fasa kedua yang bermula pada hari ini adalah seramai 360,000 orang namun sehingga 16 April lalu, pendaftaran dengan MySejahtera di Pahang hanya merekodkan 115,726 sahaja.
"Kerajaan negeri akan perhebatkan lagi kempen walaupun sebelum ini kita telah minta Majlis Tindakan Sosial Pahang, pejabat daerah untuk membuat hebahan dan sebagainya.
“Saya rasa ini masih belum mencukupi dan Insya-Allah kita akan perhebatkan lagi. Esok kita ada satu mesyuarat khas bagaimana untuk kita mempertingkatan pendaftaran kepada rakyat di negeri Pahang," kata Wan Rosdy.
Pahang mensasarkan program imunisasi negeri bagi fasa kedua yang melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta yang berpenyakit kronik dijangka selesai sebelum Aidilfitri.
Justeru, kempen vaksinasi COVID-19 ini akan diperhebatkan dengan memberi pemahaman yang lebih efektif kepada rakyat agar lebih ramai berpeluang untuk berdaftar.
Pemberian dos pertama fasa kedua bermula pada 19 hingga 25 April manakala pemberian untuk dos kedua telah ditetapkan bermula 10 hingga 12 Mei serta 17 dan 18 Mei.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pahang
#Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang
#MySejahtera
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan