awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerima SARA Bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup
JP Selangor, MDDM, MDPM perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan gelaran kehormat
Wanita didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tujuh tahun di Pasir Gudang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang sasar Lipis sebagai UNESCO Global Geopark

Bernama
Bernama
08/06/2022
05:53 MYT
Pahang sasar Lipis sebagai UNESCO Global Geopark
Wan Rosdy berkata kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Anggota Perbadanan Taman Negeri Pahang semalam, bersetuju supaya langkah proaktif diambil dalam usaha mencapai sasaran tersebut. - Bernama
KUANTAN: Kerajaan Pahang menyasarkan daerah Lipis diiktiraf sebagai tapak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata, antara keunikan Lipis selain sebagai bandar warisan Pahang ialah terdapatnya batuan berusia Devon-Perm Tengah iaitu sekitar 420 hingga 270 juta tahun lepas di Pos Betau yang menjadi bukti pertembungan dua plat tektonik yang membentuk Semenanjung Malaysia.
Sehubungan itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Anggota Perbadanan Taman Negeri Pahang semalam, bersetuju supaya langkah proaktif diambil dalam usaha mencapai sasaran tersebut.
"Sebagai langkah awal, kerajaan negeri telah melakukan perbincangan dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Perbadanan Taman Negeri Pahang untuk menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Lipis Geopark.
"Jawatankuasa ini merangkumi keperluan sumber manusia dan kewangan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah geopark kebangsaan yang merupakan antara syarat untuk melayakkan Lipis Geopark dicalonkan sebagai UNESCO Global Geopark," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Wan Rosdy berkata aspirasi Lipis Geopark juga akan menjadi platform memperkasa kepelbagaian warisan daerah Lipis selain pengiktirafan sebagai tapak geopark dapat mempertingkatkan sosioekonomi masyarakat setempat melalui kewujudan peluang pekerjaan dan kerancakan aktiviti pelancongan.
Beliau juga berharap usaha mewujudkan Lipis Geopark membolehkan daerah itu diuruskan secara holistik berteraskan kelestarian alam semula jadi selain menjadi tarikan pelancongan khususnya bagi mereka yang meminati bidang geologi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lipis
#UNESCO Global Geopark
#Wan Rosdy Wan Ismail
#bandar warisan pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan