awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang setuju lupus 80 peratus hutang tanam semula 194 peserta PKPP

Bernama
Bernama
17/04/2022
00:15 MYT
Pahang setuju lupus 80 peratus hutang tanam semula 194 peserta PKPP
Wan Rosdy (gambar kecil) berkata kertas cadangan pelupusan itu telah dipersetujui Lembaga Pengarah PKPP selain majoriti peserta turut menyatakan persetujuan pada sesi perjumpaan yang diadakan sebelum ini. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Kerajaan Pahang menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) bersetuju untuk melupuskan hutang tanaman semula kelapa sawit sebanyak 80 peratus berjumlah RM11.12 juta kepada 194 peserta tanam semula PKPP.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kertas cadangan pelupusan itu telah dipersetujui Lembaga Pengarah PKPP selain majoriti peserta turut menyatakan persetujuan pada sesi perjumpaan yang diadakan sebelum ini.
"Pelupusan hutang adalah sebanyak 80 peratus sahaja dan baki 20 peratus masih perlu dijelaskan. Peserta yang telah menjelaskan semua hutang boleh menguruskan sendiri ladang atau menyerahkan pengurusannya kepada anak syarikat PKPP berkuat kuasa Jun ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Wan Rosdy berkata peserta terlibat terdiri daripada lima ladang Rancangan Tanah Pemuda (RTP) dan satu ladang kecil milik peserta yang diuruskan PKPP iaitu RTP Sepayang di Rompin, RTP Gemuruh di Pekan, RTP Kampung Awah di Bera, RTP Sungai Ular di Lipis, RTP Klau di Raub serta Ladang Kecil Sungai Charu di Kuantan.
Ia melibatkan keluasan keseluruhan ladang sebanyak 736.79 hektar dengan purata pelupusan hutang mengikut individu antara RM8,000 hingga RM131,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang
#pelupusan hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan