awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paip pecah, 15 kawasan di KL akan alami gangguan bekalan air

Bernama
Bernama
30/04/2022
08:08 MYT
Paip pecah, 15 kawasan di KL akan alami gangguan bekalan air
Sebanyak 15 kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama di sini hari ini.
Kawasan terjejas adalah Bukit Permai Industri; Kampung Cheras Baru; Pandan Bistari; Taman Bukit Pandan; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Teratai; Taman Mawar; Taman Mega Jaya; Taman Melur; Taman Mestika; Taman Muda; Taman Pandan Mewah; Taman Putra; Taman Saga dan Taman Seraya.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja pembaikan telah bermula pada 11.30 pagi tadi dan dijangka siap sepenuhnya pada 9.30 malam ini.
Kenyataan itu menyebut bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja pembaikan siap dilaksanakan.
"Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," menurut kenyataan itu.
Para pengguna boleh merujuk ke semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 bagi maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#paip pecah
#KL
#Kuala Lumpur
#Rumah Pam Pudu Ulu Baru
#Taman Permata
#Air Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan