KUALA TERENGGANU: Tiga kawasan utama di Dungun iaitu Bandar Paka, Ketengah Jaya serta Felda Kerteh 2 dan 3 dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden paip terputus di Sungai Paka, di daerah berkenaan pada Rabu.
Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam kenyataan berkata, keadaan itu berlaku berikutan dua paip utama berukuran 700 milimeter (mm) yang menyalurkan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk ke Bandar Paka terputus semasa proses pembaikian struktur sokongan paip berkenaan.
"SATU telah mengambil langkah segera untuk mengurangkan impak gangguan bekalan dengan menampung keperluan bekalan air di Bandar Paka dengan bekalan dari LRA Kemudi.
"Keperluan ke kawasan Ketengah Jaya dan serta Felda Kerteh 2 dan 3 akan dibantu dengan bantuan lori tangki," kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan tersebut, kerja-kerja pembaikian paip dijangka memakan masa selama tujuh hari.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, bantuan alternatif menerusi lori tangki statik telah digerakkan ke kawasan yang dijangka terlibat dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal.
"Pihak SATU akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi itu dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi SATU di Facebook, instagram atau hubungi 1300-88-2111 untuk pertanyaan dan aduan," jelas kenyataan itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 19 2023

Keadaan paip yang terputus di Jambatan Paka, di Dungun semasa proses pembaikian struktur sokongan paip berkenaan. - Foto Facebook/Dr Mamad Puteh

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Paip terputus, tiga kawasan di Dungun alami gangguan air
Dua paip utama berukuran 700mm yang menyalurkan air dari LRA Bukit Bauk ke Bandar Paka terputus semasa proses pembaikian.

Gangguan kualiti air jejaskan 31,750 akaun pengguna di Terengganu
Fenomena air pasang surut dijangka berlaku sehingga Mac nanti dan pengguna akan berisiko mengalami gejala air masin atau payau sepanjang tempoh tersebut.

24 kawasan di Kuala Terengganu alami gangguan kualiti air
Pihak TNB sedia maklum mengenai situasi ini dan air akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku.

Penduduk Terengganu merayu masalah bekalan air diselesaikan segera
Tanpa menuding jari untuk menyalahkan mana-mana pihak, pengguna berharap masalah yang membebankan mereka itu akan berakhir.

Paip dasar Sungai Terengganu pecah lagi
Selepas 10 hari siap dibaiki, paip bersaiz 1,200 milimeter (mm) di dasar Sungai Terengganu dilaporkan pecah lagi pada Isnin.

Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu
SOP itu akan membolehkan SATU bertindak dengan lebih teratur dan menggunakan semua alternatif yang ada untuk membekalkan air bersih.

Gangguan bekalan air berlanjutan, dijangka pulih Sabtu ini
Dr Mamad Puteh memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas kerana gagal membekalkan air bersih pada waktu yang dijanjikan, hari ini.

SAINS hantar bantuan lori tangki air kepada penduduk di Kuala Nerus
Dua kakitangan dan sebuah lori tangki bergerak ke Terengganu pagi ini bagi membantu syarikat tersebut membuat pengagihan bekalan air.

Gangguan bekalan air di Kuala Nerus, Kuala Terengganu pulih tiga atau empat hari lagi
Masalah gangguan bekalan air disebabkan oleh pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu itu agak rumit dan memerlukan kontraktor berpengalaman serta kepakaran tinggi.

Terengganu negeri pertama agih kit pengurusan jenazah
Sebanyak 2,000 kit melibatkan peruntukan hampir RM600,000 diagihkan kepada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen di Terengganu.