GUA MUSANG: Ketakutan penduduk di beberapa kampung di Pos Bihai minggu lalu kini mula di rasai di Pos Ber apabila harimau belang juga dipercayai muncul di kawasan itu sejak Khamis.
Perkara tersebut dikongsi seorang penduduk di kawasan berkenaan iaitu Nasir Nash melalui satu rakaman video di laman sosial facebook miliknya.
Melalui video yang dikongsinya, harimau berkenaan dilihat berjalan melalui jalan utama yang dipercayai menjadi kegunaan masyarakat kampung itu.
Nasir turut berkongsi, mereka semua berada dalam ketakutan dan berharap orang ramai dapat mendoakan keselamatan penduduk kampung berkenaan.
"Lebih membimbangkan adalah waktu persekolahan ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari sekitar jam 6.30 pagi mengikuti jalan utama ini.
"Antara penduduk yang terlibat ialah Kampung Plug, Pos Tuel, Kampung Kerbok dan Pos Ber,"katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum mengenai penemuan tersebut.
Menurutnya, lokasi harimau berkenaan muncul adalah jauh daripada kawasan penemuan sebelum ini iaitu di Pos Bihai.
Bagaimanapun, katanya, pemantauan berterusan tetap diadakan dan radius kawalan juga diperluaskan bagi memastikan keadaan keselamatan orang kampung terjamin.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Jan 22 2022

Kelibat harimau sempat dirakam di Pos Ber pada Khamis. - Foto Sinar Harian

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

Orban angkat sumpah PM Hungary untuk penggal kelima
Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

25 Tahun | Rossa Bakal adakan konsert di Jakarta 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian. Penyanyi berusia 43 tahun itu membawa khabar gembira untuk peminat apabila bakal mengadakan Konsert Rossa 25 Shining Years pada 27 Mei ini di Istora Senayan, Jakarta.

Perhilitan sahkan kehadiran gajah di Jalan Raya Timur Barat
Jika hal seumpamanya terjadi, pengguna jalan raya dinasihat tidak melakukan provokasi atau terlalu berani menghampiri gajah berkenaan.

Yong Chepor berjaya dipindahkan ke Hutan Simpan Royal Belum
Gajah itu dipercayai dari satu kumpulan di Hutan Simpan Piah yang dianggarkan bergerak dalam kawanan 10 ekor.

Bomba tangkap ular sawa 50 kilogram berlingkar di pintu empangan
Ular sawa yang panjangnya kira-kira enam meter (20 kaki) itu ditemukan di pintu empangan berkenaan.

Jangan buat provokasi tembak Harimau Malaya masuk kampung - Takiyuddin
Tindakan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti diserang oleh haiwan tersebut.

Tembak mati hidupan liar langkah terakhir - Perhilitan
Menembak mati hidupan liar merupakan langkah terakhir yang terpaksa diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), sekiranya haiwan berkenaan dilihat mula menyerang.

Serangan gajah di Felda Lok Heng mungkin berlarutan hingga lima tahun
Peningkatan jumlah gajah di Hutan Panti juga berkemungkinan menjadi antara faktor menyebabkan berlakunya kekerapan serangan gajah liar di kawasan tersebut.

Pengecilan habitat antara cabaran konservasi hidupan liar - Perhilitan
Cabaran lain termasuk peningkatan penggunaan jerat oleh pemburu haram serta kewujudan perdagangan haram hidupan liar secara maya.

Perhilitan siasat penemuan buaya di Sungai Selangor
Sungai itu secara umumnya memang merupakan habitat semula jadi buaya tembaga dan penduduk kampung sedia maklum mengenai kehadiran buaya di situ.

Perhilitan siasat kehadiran buaya dalam parit
Perhilitan belum dapat mengenal pasti kesahihan video terbabit memandangkan tiada laporan berkaitan ancaman buaya diterima daripada orang awam.

Gajah ceroboh kebun ditangkap
Gajah berusia 30 tahun dan berat dua tan itu ditangkap Perhilitan Kelantan pada jam 2 petang.