Sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, mendedahkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).
Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.
Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai.
Selain Abdullah, antara pemimpin lain di dalam senarai itu adalah Canselor Jerman, Angela Merkel, mantan Presiden Somalia Abdullahi Yusuf Ahmad dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.
Nama terakhir di dalam senarai itu adalah bekas Perdana Menteri Ukrain, Yuliya Tymoshenko.
Dokumen itu turut mendedahkan nama Merkel diletakkan di bawah pangkalan data TKB, iaitu sebuah agensi pusat yang mengumpulkan data seseorang individu.
Penjelasan dari sumber dalaman NSA, menyatakan bahawa petugasnya dibenarkan menggunakan pengkalan data terbabit untuk menganalisis "profil lengkap" individu yang menjadi sasaran pencarian.
Der Spiegel sebelum ini pernah melaporkan pemberi maklumat perisikan, Snowden mendedahkan bahawa risikan telah dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.
Susulan itu, Malaysia telah menghantar nota bantahan ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.
T K Letchumy Tamboo
Sun Mar 30 2014


Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

Kerajaan Perancis: Terselamat daripada undi tidak percaya
Kerajaan Perancis terselamat daripada undi tidak percaya selepas meneruskan rancangan naikkan umur pencen di negara itu.

AWANI Pagi: Peranan MTDC sebagai pemangkin perniagaan teknologi
Ikuti diskusi #AWANIPagi bersama CEO Doluvo, Rose Yasmin Abdul Karim dan CEO Cell Tissue Technologies, Dr Khairul Idzwan Baharim untuk mengetahui bagaimana MTDC membangunkan teknologi baharu?

Lulus dana penyelamatan AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka
IMF luluskan dana AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka untuk selamatkan negara itu daripada krisis kewangan terburuk.

Gesa Israel tarik balik kenyataan menteri Israel terhadap Palestin
Ketua Dasar EU, Josep Borell gesa Israel tarik balik kenyataan seorang Menteri Israel terhadap Palestin.

IMF lulus dana penyelamatan AS$3 bilion kepada Sri Lanka
Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata, Sri Lanka juga perlu melakukan pelbagai pembaharuan.

Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.

Cadangan cagar wang caruman KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perdana Menteri ditanya mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014914/32899350691679358950603_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzudin Antara fokus AWANI Pagi: - Pecah monopoli Touch ‘n Go, wujud persaingan sihat. - Jemaah B40 dan M40 layak terima bantuan. - Kerajaan akan pinda RUU umur p-hailing kepada 18 tahun.

Jiwa SME | Agar-agar kering laris dalam talian
Muhammad Shohimil Haffiz Salleh, seorang pemuda dari Kampung Undang, Kuala Terengganu, berjaya menghidupkan semula pemanis mulut tradisional agar-agar kering dengan gaya dekorasi yang lebih menarik untuk menarik minat generasi muda. Dengan menggunakan platform media sosial, produknya telah berjaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara serta meraih pendapatan melebihi RM100 ribu setahun.

Edward Snowden dapat pasport Rusia
Edward Snowden bakal menghadapi tuduhan pengintipan dan berdepan hukuman 30 tahun penjara di Amerika Syarikat jika dia kembali.

Edward Snowden diberi kerakyatan Rusia
Snowden hidup dalam buangan di Rusia sejak mendedahkan program NASA yang menjejaskan jutaan rakyat pada 2013.

Wanita maut dihempap tingkap hotel tertanggal
Tiba di Hong Kong pada pagi, maut pada tengah hari.

Edward Snowden sertai Twitter, hanya ikut akaun NSA
Snowden merupakan individu kontroversi yang menjadi buruan polis ekoran pembocoran maklumat rahsia kerajaan Amerika Syarikat.

Oliver Stone akan arah filem Edward Snowden
Ia akan dibikin berdasarkan sebuah buku yang ditulis oleh seorang wartawan Britain mengenai Edward Snowden yang hidup dalam pelarian.

Kerajaan terus pantau isu intipan asing -- Shahidan
Katanya Malaysia menolak sebarang bentuk pengintipan oleh mana-mana pihak kerana perbuatan itu menjejaskan kedaulatan negara dan hubungan dua hala.

Pak Lah antara pemimpin dunia diawasi Agensi Keselamatan AS
Der Spiegel mendedahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).

Pengintip UK, AS simpan berjuta-juta imej kamera web Yahoo: laporan
Program 'Optic Nerve' mengumpul dan menyimpan imej-imej perbualan kamera web tanpa mengira samada mereka adalah suspek atau tidak.

Obama janji henti kawalan data telefon ratusan juta penduduk
Obama turut janji perlindungan bagi komunikasi warga asing dan arahan serta merta kepada agensi risikan bagi mendapatkan perintah mahkamah sebelum mengakses data sulit individu.

PM: M'sia menentang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan
Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini.