awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
Tahun Baharu Cina: 2,026 tanglung, kuda gergasi tarikan pelancong ke Jonker Walk
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pak Samad ditahan polis

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
03/09/2013
23:31 MYT
Pak Samad ditahan polis
Sasterawan negara A. Samad Said telah ditahan polis awal pagi ini berikutan kejadian pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Ambang Merdeka Jumaat lepas.
Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Pak Samad itu, mengesahkan perkara ini melalu laman twitternya.
Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi. Saya dibawa 3 anggota polis.
— A Samad Said (@asamadsaid) September 3, 2013
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad turut mengesahkan kejadian itu kepada Astro Awani.
"Beliau ditahan di balai polis untuk soal siasat dan telah dibebaskan pada pukul 3 pagi. Beliau disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan," katanya.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut berkata sasterawan yang berumur 81 tahun itu dibebaskan selepas selesai disoal siasat.
Akhirnya @asamadsaid selesai dismal-siasat & dibebas dari tahanan. pic.twitter.com/ba7Vpaoxes
— Tian Chua (@tianchua) September 3, 2013
Semalam, Pak Samad yang dikatakan diburu polis berkaitan insiden kontroversi itu, memberitahu Astro Awani bahawa beliau hanya akan memberi kerjasama kepada sekiranya dilayan secara bermaruah.
"Tidak. Kalau dilayan sebagai insan, saya akan pertimbang," kata Samad menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Astro Awani ketika ditanya samada beliau akan menyerah diri kepada polis atau tidak.
Pak Samad turut menafikan bahawa beliau bersembunyi dan melarikan diri dari polis, selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta Samad menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung insiden itu.
Khalid mendakwa Pak Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam Isnin.
Khalid berkata jika Samad berani mencabar undang-undang, maka beliau juga perlu berani ke depan untuk berhadapan dengan tindakan polis.
“Ada laporan dalam Malaysiakini mengatakan Ketua Polis Negara sebagai berkata saya lari dari polis dan ini tidak benar kerana saya tidak pernah lari malahan semalam saya berada di jalanan, menaiki LRT dan kemudiannya berada di rumah,” kata Samad.
Dua individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam Isnin di Kampung Baru dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi Selasa selepas diambil keterangan.
Pada sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivitis pro pembangkang dilihat bertindak mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.
Rakaman video berkaitan insiden itu telah dimuat naik di laman sosial dan mengundang pelbagai reaksi dari Malaysia.
Topic Berkaitan
#ditahan
#Pak Samad
#polis
#sang saka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan