KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh sekiranya mahu menurunkan semula kes positif COVID-19 yang kian meningkat sejak beberapa bulan lepas.
Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed mencadangkan PKP lebih ketat seperti tahun lepas dengan menutup pelbagai premis termasuk pusat beli-belah dan hanya membenarkan ‘essential services’ untuk beroperasi.
Menurutnya, itu saja yang cara yang perlu dilakukan pada masa sekarang untuk mengurangkan kes positif COVID-19.
“Memang kita akan rasakan ia ganggu ekonomi tapi saya rasa kalau tidak buat demikian, ia akan berlarutan dan ekonomi tidak akan pulih seperti dulu kalau berterusan begini.
“Apa salahnya jika kita cuma memberi peluang - dua hingga tiga minggu ini untuk betul-betul PKP dan selepas itu menjalani kehidupan yang lebih baik daripada sekarang,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Selasa.
Beliau juga meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak faham tindakan kerajaan melarang ziarah Aidilfitri malah ada pula yang memanipulasi keadaan dengan berziarah di pusat beli-belah pula.
“Rakyat kena faham bahawa kes sekarang sangat membimbangkan. Kita lihat dalam saringan dilakukan, sekurang-kurangnya 20 ke 30 peratus merekodkan keputusan positif.
“Maknanya, kalau hantar 10 ujian saringan, tiga daripadanya adalah positif. Ini tidak masuk lagi dengan mereka yang tidak melakukan saringan, dan mereka yang tidak bergejala.
“Saya pasti masih ramai di luar sana tidak bergejala dan kesnya tidak dapat dikesan,” ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas pertambahan 1,000 buah katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PKRC MAEPS 2.0, Nurul Azmawati berasakan jumlah tersebut perlu ditambah lagi pada masa depan.
“Jika ada kapasiti, ada tempat dan kemudahan lain serta kakitangan, kita perlu perbanyakkan lagi katil.
“Kita tahu kes sangat banyak sekarang, kita perlu bersedia untuk tambah lagi bilangan katil,” katanya.
Ridauddin Daud
Tue May 18 2021
Nurul Azmawati mencadangkan PKP lebih ketat seperti tahun lepas dengan menutup pelbagai premis termasuk pusat beli-belah dan hanya membenarkan essential services untuk beroperasi. - Gambar BERNAMA
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
PRN: Sekolah siap sedia dijadikan pusat pengundian - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sekolah yang bakal dijadikan pusat pengundian di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berada dalam keadaan siap siaga.