awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar perundangan Prof Dr Rahmat Mohamad dilantik pengerusi baharu SUHAKAM

Bernama
Bernama
01/07/2022
09:14 MYT
Pakar perundangan Prof Dr Rahmat Mohamad dilantik pengerusi baharu SUHAKAM
Pakar perundangan dan hak asasi manusia Universiti Teknologi MARA Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang baharu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pakar perundangan dan hak asasi manusia Universiti Teknologi MARA Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Rahmat bersama tujuh lagi anggota baharu SUHAKAM bagi sesi 2022-2025 yang berkuat kuasa pada 22 Jun lepas telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau berkata turut dilantik Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Dr Chew Chee Ming (Sarawak), Datuk Mary@Mariati Robert (Sabah), Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Nazira Abdul Rahim dan K. Ragunath.
"Semoga lantikan yang inklusif ini akan lebih memperkasakan SUHAKAM dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pakar perundangan
#pengerusi baharu Suhakam
#Dr Rahmat Mohamad
#Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
#Universiti Teknologi MARA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan