Manifesto dan logo baharu Pakatan Harapan (PH) sedang dibincangkan Majlis Presiden PH konsensus itu sendiri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia sekali gus usaha menguatkan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Sebelum ini, Pakatan Harapan dilaporkan akan didaftarkan secara rasmi serta mewujudkan manifesto dan logo baharu.

BACA: PPBM kini sertai Pakatan Harapan, bakal wujud manifesto dan logo baharu

BACA: "Tahniah, selamat maju jaya PPBM" - Nik Abduh

"Ini sedang dibincangkan, ada konsesus Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk logo dan manifesto. Butirannya akan diserahkan dan serahkan kembali kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk mengambil keputusan," katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Rumah Selangorku, Harmoni 1 di sini hari ini.

Ia akan dibangunkan syarikat Sime Darby dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM359 juta dan akan terdiri daripada empat blok pangsapuri yang menempatkan 1,700 unit jenis C1 (800 kaki persegi) dan rumah-rumah jenis D (1,000 kaki persegi), dengan harga jualan antara RM170,000 dan RM270,000.


Pada Isnin, Majlis Presiden Pakatan Harapan sebulat suara menerima PPBM ke dalam gabungan itu.

Dalam satu kenyataan kepada media, persetujuan itu ditandatangani Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Dalam pada itu kata Azmin, kemasukan PPBM menjadi platform yang boleh menyakinkan rakyat selain tidak menolak sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana parti bergabung bersama di dalam Pakatan Harapan.