KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) perlu penjenamaan semula sekali gus menjadikannya sebagai pilihan utama pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Perkara itu diakui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengulas hala tuju PH berdepan PRU ke-15.
"Saya sebahagian daripada penubuhan (kerajaan) PH, walaupun tidak berada di dalam kerajaan. Ia dipimpin oleh seorang yang bukan sebahagian daripada agenda reformasi, yang tidak percaya kepada agenda reformasi dan kita perlu 'bayar' dengan harga yang mahal.
"Rakyat menyoal beberapa kegagalan, membenarkan sebahagian rasuah, isu perkauman memuncak, ketaksuban... tetapi itu semua sudah berlalu.
"Kita (PH) perlu penjenamaan semula dan menampilkan PH sebagai alternatif, jelas dalam hala tuju polisi, agenda ekonomi, entiti kepelbagaian kaum dan ekonomi yang jitu," katanya dalam temu bual bersama CNBC pada Rabu.
Beliau akui, ketika ini terdapat pandangan sinis terhadap politik, ahli politik serta urus tadbir kerajaan di mana ia memerlukan perubahan.
Ditanya kemungkinan Datuk Seri Najib Razak akan meraih simpati dan sokongan ketika di penjara, Anwar berkata 3 juta pengikut Najib di Facebook hanya 'pengikut' dan bukan semuanya penyokong.
"Rakyat perlu melihat kepada penghakiman (kes SRC International). Tugas kita sekarang bukan hanya mengenepikan Najib, tetapi memberi penjelasan dan faham penghakiman yang dibuat.
"Apabila dana dimasukkan dalam akaun peribadi, bagaimana kita nak jelaskan? Persaingan ketika ini adalah dengan penyokong tegar UMNO, bukan hanya individu.
"UMNO kekal kuat dalam kalangan Melayu luar bandar dan saya fikir, kita perlu mendekati mereka. Naratif kita (PH) sebelum ini hanya tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar.
"Kita sering bercakap soal reformasi yang akan memenuhi kehendak mereka di bandar, tetapi kini kita perlu fokus bukan hanya di bandar, tetapi perlu ditumpukan di kawasan luar bandar," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Aug 24 2022
Anwar akui, ketika ini terdapat pandangan sinis terhadap politik, ahli politik serta urus tadbir kerajaan di mana ia memerlukan perubahan. - Foto Astro AWANI
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Pantau Agenda Reformasi: NACS 2024-2028 - Strategi baharu perangi rasuah
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
[TERKINI] Speaker Dewan Negara Mutang Tagal masih dirawat di IJN
Pihak pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
Niaga AWANI: Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian maklumat bantu kurangkan jurang kepakaran
Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian kepakaran dan maklumat daripada negara lain bagi mengurangkan jurang kepakaran dalam menanggani cabaran isu keselamatan bukan tradisional.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Rasuah makin menjadi-jadi, negara rugi ratusan bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.