awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej umrah: Bekas pengarah YBNT didakwa tipu 26 mangsa

Bernama
Bernama
16/07/2019
14:00 MYT
Pakej umrah: Bekas pengarah YBNT didakwa tipu 26 mangsa
Mohd Adam dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. --fotoBERNAMA
Seorang bekas pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu 26 individu melibatkan pakej umrah, tiga tahun lepas.
Mohd Adam Mohd Ghazali, 31, didakwa melakukan kesalahan itu dengan memperdaya mangsa, yang kebanyakannya guru, untuk mengerjakan umrah di bawah syarikat YBNT bagi sesi November hingga Disember 2016, yang sebenarnya tidak wujud.
Penipuan itu didakwa dilakukan melalui Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, hingga kesemua mangsa memasukkan wang antara RM3,000 hingga RM21,000 ke akaun syarikat terbabit pada tarikh tertentu, yang mana keseluruhannya berjumlah RM164,000.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di beberapa premis termasuk di pejabat YBNT di Jertih, Besut; pusat membeli belah dan beberapa bank di Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, dari 21 Jun 2016 hingga 25 Okt 2016.
Mohd Adam, yang kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang prosiding di hadapan Hakim Azimah Yaacob itu, dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan tiga penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lishantini Munusamy manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Mohamad dan Che Amir Che Musa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pengarah
#Besut
#guru
#Jabatan Pelajaran
#Kemaman
#Kuala Terengganu
#mahkamah
#mangsa
#pakej umrah
#pengarah YBNT
#penipuan
#penjara
#umrah
#Yayasan Bakti Negara Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan