Seniman Paksi Rakyat (Paksi) akan menganjurkan satu majlis meraikan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan-wartawan lidah rasmi PAS itu yang teraniaya.
Majlis pada 9 Januari itu pada awalnya merupakan program Baca Puisi Bulanan di Madrasah Seni (Jalan Gombak, Kuala Lumpur) bagi meraikan penyair Chan Yong Sin dengan antologi puisi “Bebas” yang ditulisnya sewaktu dalam tahanan ISA selama 11 tahun.
Presiden Paksi, Che Shamsuddin Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman berkata majlis pada 9 Januari nanti akan menjadi malam tiga dalam satu, pembacaan puisi daripada antologi “Bebas” karya Chan Yong Sin; solidariti untuk Ahmad Lutfi dan kawan-kawan di Harakah; dan derma untuk mangsa banjir di Kelantan.
"Pemberhentian wartawan Harakah yang dibuat secara sewenang-wenang itu juga mendapat perhatian rakan-rakan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi).
"Selama ini Pakatan Rakyat termasuk PAS selalu mengkritik pihak penguasa Barisan Nasional yang dikatakan tidak menghormati hak kebebasan bersuara, menggunakan Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak secara sewenang-wenang dan sebagainya.
"Tiba-tiba sekarang mereka pula yang bertindak buruk seperti itu," katanya dalam satu tulisan yang disiarkan di The Malaysian Insider.
Dalam tulisan yang bertajuk "Himpunan Solidariti Untuk Kawan-Kawan di Harakah" itu, Dinsman menyifatkan pemimpin PAS kini tidak boleh ditegur.
"Tegur saja terus melenting dan gunakan kuasa apa yang ada untuk hentikan teguran. Saya ingatkan allahyarham Tan Sri Azizan Razak (bekas menteri besar Kedah) saja yang macam itu dulu.
"Rupa-rupanya kebanyakan ulama yang ada dalam PAS sekarang pun macam itu juga.
"Maka tersingkirlah Datuk Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid daripada Harakah, dan Ahmad Lutfi Othman pun diminta supaya berhenti," tulis Dinsman.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan ahli lembaga pengarah Harakah meminta Ahmad Lutfi, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan.
Langkah itu dikatakan ada kaitan dengan keputusan pihak editorial Harakah yang diketuai Ahmad Lutfi menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.
Astro Awani
Wed Jan 07 2015
Harakah minta Ahmad Lutfi Othman (gambar) yang sedang bercuti sakit supaya melepaskan jawatan.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Bekas syarikat cetak akhbar Harakah mohon batal rayuan Pas terhadap penghakiman terus
Bekas syarikat pencetakan akhbar Harakah memohon untuk membatalkan rayuan Pas terhadap keputusan membenarkan syarikat itu memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan baki hutang.
Bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi meninggal dunia
Artikel memfitnah: Kes saman Mat Sabu terhadap Harakah selesai
Kes saman bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu terhadap seorang kolumnis dan ketua pengarang Harakah serta satu pihak lagi diselesaikan di Mahkamah Tinggi.
Bicara kes saman Mujahid berhubung isu Sajat bertelekung bermula 12 Julai
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas.
Veteran Pas, Subky Latiff meninggal dunia
Tarikh yang sama 18 tahun lepas, Pas kehilangan bekas presidennya Datuk Fadzil Noor.
Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO
Lau Chin Chua berkata UMNO baru sahaja hadir tetapi DHPP sudah lama bersama-sama dalam mempertahankan PAS di beberapa kawasan serta menarik penyokong bukan Melayu pada pilihan raya sebelum ini.
Najib tarik balik saman terhadap Harakah, Harakahdaily
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkannya terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung dakwaan menyalahgunakan dana 1MDB.
Isu 1MDB: Najib tarik balik saman terhadap Harakah, HarakahDaily
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkannya terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung dakwaan menyalahgunakan dana 1MDB.
Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan PM Najib
Pengarah urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan ketua pengarang Harakahdaily Taufek Yahya mahukan kes itu dibicarakan sepenuhnya.
Kes saman: Najib kemuka bantahan terhadap artikel digunakan Harakah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan bantahan terhadap 20 artikel lain yang digunakan oleh Harakah dan Harakahdaily dalam kes saman beliau.