awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin-Israel: Jangan pecah belahkan rakyat, kata PM Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/10/2023
15:27 MYT
Palestin-Israel: Jangan pecah belahkan rakyat, kata PM Anwar
Tegas Perdana Menteri, sebarang keputusan berhubung Palestin dibuat secara bersama terutamanya negara-negara Islam dan sekitar negara berkenaan. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan segelintir pihak agar tidak menggunakan isu Palestin untuk memecah-belahkan rakyat di negara ini.
Tegas Perdana Menteri, sebarang keputusan berhubung Palestin dibuat secara bersama terutamanya negara-negara Islam dan sekitar negara berkenaan.
“Apa pun keputusan kita runding bersama, saya tahu sesetengah pihak kurang sabar, dia mula menyerang sana, menyerang sini.
“Saya nak katakan keputusan kita buat secara bersama, dengan negara-negara Islam terutamanya sekitar Palestin.
“Jangan gunakan isu ini untuk memecah belahkan kita. Belajar daripada pengalaman. Masa kita di sini untuk perkuatkan perpaduan kita, pertahankan kebebasan kita dan hak kita.
“… dan kita harus sampaikan kepada kawan-kawan kita, baik Islam, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Isu ini, isu bersama,” katanya ketika menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Arena Axiata di sini pada Selasa malam.
Terdahulu, ribuan orang ramai hadir menyatakan solidariti kepada Palestin dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin, yang turut dihadiri oleh ketua-ketua perwakilan negara.
Topic Berkaitan
#perpaduan
#Anwar Ibrahim
#Palestin
#kurang sabar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan