awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran khas papar kehidupan Tun Dr Ismail di Dataran Merdeka Rabu ini

Bernama
Bernama
01/08/2023
02:20 MYT
Pameran khas papar kehidupan Tun Dr Ismail di Dataran Merdeka Rabu ini
Persiapan bagi program memperingati jasa Tun Dr Ismail sempena sambutan Bulan Kebangsaan sedang giat dijalankan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 30 Julai 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj - Tonggak Perpaduan Negara anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka Rabu ini akan diserikan dengan pameran khas Wall of Memories bagi memaparkan kronologi kehidupan tokoh ulung itu.
Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) KKD Mastura Ahmad Mustafa berkata pameran dengan kerjasama Jabatan Penerangan dan Arkib Negara itu akan membolehkan orang ramai melihat sendiri koleksi peribadi Dr Ismail.
"Sebenarnya pengalaman Dr Ismail amat unik kerana terlibat sebagai seorang daripada tokoh yang mengikuti rombongan untuk berunding mengenai kemerdekaan negara, dilantik sebagai menteri kabinet, Duta Besar ke Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang pertama, kemudian meninggalkan dunia politik dan kembali memimpin negara sebagai timbalan perdana menteri apabila diperlukan.
"Jadi kami mahu sangat generasi baharu melihat bagaimana pengalaman Dr Ismail membina negara sehingga kita berada di tahap sekarang ini," katanya dalam temu bual di program 'Assalamualaikum' terbitan TV AlHijrah pada Isnin.
Mastura berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan majlis memperingati negarawan itu yang akan disertai ahli keluarga Dr Ismail.
Potret sejarah tokoh Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang dipamerkan di Memorial Negarawan. --fotoBERNAMA
Potret sejarah tokoh Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang dipamerkan di Memorial Negarawan. --fotoBERNAMA
Katanya pada majlis itu, sebuah dokumentari pendek memaparkan perjalanan kehidupan Dr Ismail akan ditayangkan untuk tontonan umum yang disediakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.
Selain itu, satu majlis tahlil dan bacaan Yasin turut diadakan di Masjid Negara pada malam Rabu ini yang dikelolakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mastura Ahmad Mustafa
#pameran khas
#Tun Dr Ismail
#negarawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan